Wednesday, 27 March 2013

5th entry - family

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini temanya ialah keluarga. Simple theme but always neglected.

Semalam ayah minta hantarkan dia ke rumah kawan2 dia. Ada amanah yg dah berkurun kena sampaikan (long story, so we skip). Aku terharu sebenarnya, sebab itu kali pertama ayah nak naik kereta aku... ye la, kereta kecik, awek pun x pandang. Tp keta tu banyak jasa time aku belajar dulu. Dah la beli pakai duit tabung.

Bila ayah dan emak masuk dalam kereta, baru ayah perasan bumbung kereta aku agak tinggi, in fact lagi tinggi dari sedan car. Tapi ayah kata aku x sesuai bawa kereta ni. Dia siap offer, kalau adik aku (blerghhh.. budak tu lagi...) abis belajar, aku boleh upgrade kereta, jadi Mercedes pun x pe, tp dgn syarat aku kena duduk sekitar Batu Pahat dan jadi driver dia. Glupppp... x mungkin. Aku bukan jenis bermewah2 pun, sebab sekeliling aku ramai org humble. So x sesuai dgn jiwa... Baik duit tu aku simpan buat berjalan.

Jadi kami pun pergi la ke rumah kawan2 dia dekat Parit Raja, Batu Pahat, senggarang. Tapi aku rasa bersalah sbb terbiasa bawa laju... kesian diorang takut... masa nak masuk simpang aku tercorner lebih, so ayah terhimpit ke tempat aku... rupanya dia x pakai seat belt. Apa lagi, aku membebel la. Sebab ayah aku ni, kalau dia drive duli, memang pantang kalau org x pakai seat belt.. sekali dia plak x pakai...

Petang tu kami dapat berita yang kakak ipar aku dah bersalin. Muhammad Uwais, 4.2 kg. Besar! Tahun ni memang ada 5 org yg mengandung. 2 dah bersalin. Tinggal lagi tiga. Aku dah lupa Uwais tu cucu keberapa. X sabar nak tengok dia. Anak abg uda aku skrg dah ada 3. Ukashah, Maisarah, dan Uwaish. Aku suka diorang ni gebu2, mcm kucing parsi. Hehehe!

Kemudian tadi aku dengan emak pergi cari kerepek. Penuhkan pesanan orang. Esok aku dah nak pergi KL. So better siapkan semua. Sekali aku check 'singkong berlado' tu rupanya sekilo 24 hengget! Cethhh! Aku cakap dgn diorang 15 je.. hmm... tapi beli je la.

Mak aku beli kayu penggaru. Masa jalan tengah Ayer Hitam tu, aku ngeri tengok dia hayun2 kayu tu. Mcm nak libas orang je.. mak aku ni sebenarnya pendiam, x macam ayah. Tapi bila bab tawar menawar, dia lah ratu. Tapi penjual tu mmg dah kenal dia pun.

Mak aku suruh tengok macamana org cina meniaga. Hmm... aku x faham kenapa org melayu nak bising sangat. Org cina pandai meniaga, rajin, dan x buat fast money. Kalau boleh perniagaan tu jadi turun menurun. Org kita semua mengharap kerajaan. Usahanya x de... aku pernah jadi enumerator utk kajian peningkatan hidup setelah 5 tahun PPRT dijalankan. Aku tanya makcik tu, ada apa2 x masalah selama tinggal dekat rumah kerajaan bagi tu, dia cakap "tu la, tingkap depan tu pecah. Dah minta ganti x dapat2". Hello! Anak bujang kau garu telur depan tv gedabak. Siap ada set audio. X kan tingkap tu pun minta subsidi? Pemalas betul. Tapi tu satu contoh je, x mewakili semua. Aku suka tgk dekat kawasan kuala perlis, kedah, dan kelantan. Org PPRT dia rajin. Rumah cantik je. Bersih. Ok. Stop la pasal bangsa aku. Aku bukan racist kaum sendiri, tapi aku benci org pemalas, nak buat mcmana, melayu majoriti...

Kadang2 aku kagum dgn pemikiran mak n ayah aku ni. Walaupun diorang dah tua, tapi setiap idea masih relevan. Hmmm... sayang aku dengan mak ayah aku ni... aku x kesah pun kalau org nak kata aku asyik berkepit dgn mak ayah aku. Janji aku bahagia, n dapat serve diorang dgn baik...

So malam ni aku nak asing2 ikut siapa yg order barang2 tu. Tapi sedihnya aku nak cakap, yg mungkin itu delivery yg terakhir... sbb katanya aku kena mengajar kat Johor.. so x de peluang nak ke KL setiap minggu dah...  aku suka sbnrnya meniaga mcm ni... walaupun x untung sangat, tapi aku puas. Hmm...

Monday, 25 March 2013

4th entry - find a name.

Assalamualaikum and hi.

Today we welcomed a new girl in the house... I meant, a girl cat. Last week someone took my mum's cat, Chika, so she said she wanted a new one. So we contacted our aunty, she has dozen of cats.

When I came to my aunt's house, she asked me to choose any cat I want. Since i couldn't decide, I just let them choose it for me. Coz beggars cant be choosers. ... My uncle asked his wife to get his fav cat, a beautiful tabby girl. She has the most beautiful stripes that I hv ever seen. She's very lovely and less vocal than any other asian cats (yup, our cats are very vocal, just like the women here. Joking :-)

My parents are very happy when I showed them the cat. Dad asked me if I hv found a name for her (weird, normally dad wont bother). I said nope, coz that's mum's. And mum replied with her low voice "I wont give her a name coz m afraid someone will take her away". So, finally we havent decided... yet...

The happiest person-cat (off course!) is Epod. Finally he has a new gf. The didnt have problem to get to know each other. I'm not worried for overpopulation,  since Epod is handicapped and most prolly sterile (if not, we already have a lot of Epod jrs around). So, I made a hammock for them from an old pillow case. I think they like it.

Hmm... about the name, it reminds me of my "future project". I'm still thinking of a suitable name for my "future resto". Does "United States of Steaks" sound catchy,  cool and meaty for u? Any idea?

* Epod with Chika. And the rest, our new girl tries to fit herself with surrounding.

Sunday, 24 March 2013

3rd entry - jual semua

Assalamualaikum et bonjour tout le monde.

Kalau semua perasan, setiap hari aku keluar rumah dan cari kerepek2 perasa baru dekat kawasan aku. Aku bukan nye apa, aku rasa produk malaysia ni underrated la. Sedap je pun. Just because it's packed in simple packaging doesnt mean it tastes bad. Yg penting kita kena cuba dan maklumkan pada semua. Kita kena la support produk tempatan bila dirasakan berbaloi (kereta x termasuk.beli yg import je).

Sedikit pengalaman masa belajar dulu. Tengok dekat perancis tu, org turki dan arab la paling kaya dan menguasai ekonomi setempat (kat Besançon, kat tempat lain x sure). Apa yg aku perasan, mereka ni kalau bukak kedai kebab misalnya, akan gunakan 100% produk sendiri. Dari daging kebab, mesin kebab, sayur, sampai la pada cili harrissa tu. Jadi (aku x tau sgt ekonomi term, tp lebih kurang la) mereka guna produk yg warga mereka edarkan lepastu jual end product pada org luar.

Kalau malaysia kurang bergantung pada import bahan luar, kita dah jadi negara industri yg berjaya dah. Aku sikit kecewa dgn JAKIm, sbb produk2 tempatan tu bkn main susah nak dpt cop halal (org malaysia kan freak cop2 halal ni, x de cop halal, haram). Sampai kat page Sahabat Halal Jakim tu, asyik cakap "produk ini tidak mendapatkan pengesahan halal JAKIM", so impact dia, org x beli la. Tp kurang usaha untuk hasilkan produk sendiri. Kata suruh sokong industri tempatan. Kdg2 makcik kat kampung yg buat sagun tu mana la tau prosedur nak mintak cop halal tu. Patut kita memudahkan, bukan menyusahkan.

Lepastu aku ada la jual2 kerepek2 tu. Bawak ke KL. Bukan nye aku untung pun, sekilo tu aku amik untung dalam seringgit dua je, duit minyak pun x lepas.aku x jual mahal2 sebab aku x sampai hati... Sebenarnya aku nak cari pengalaman meniaga ni. Macamana kita tebalkan muka, jual produk dekat orang. Pengalaman cari stock and restock. Aku sengaja jual kerepek, benda yg org pandang sebelah mata je, supaya aku tak syok sendiri. Lagipun kerepek2 ni mmg aku dan family makan, so kita jual barang hanya bila kita yakin dengan kualiti dan bahan produk tu.Ye la, setengah org tu jual benda gedebabom, nak jaga standard, tp jangan la fikir semua org berduit. Lagipun banyak jutawan dekat friendlist FB aku tu, memulakan perniagaan mereka dari benda simple2 je. Bila mereka dah yakin boleh berjaya, baru jual benda dgn modal yg besar. Mcm kita belajar menembak, mula2 guna peluru kapur, bila dah power, pakai bazooka.

Aku sedang sediakan diri aku untuk 4 tahun akan datang. Aku nak buktikan dekat family aku, yg kalau aku memang betul2 nekad nak meniaga bila habis kontrak dengan government nanti. Jangan ingat aku meniaga ni main redah je, sbenarnya aku ada beberapa org mentor, yg akan perhatikan dan nasihat aku apa yg patut dibuat. So pengalaman jual kerepek dan produk2 lain ni aku sengaja muatkan dalam blog baru ni, sebab mungkin satu hari nanti bila aku ada ladang ternakan dan restaurant tu, aku akan bukak balik blog ni, dan baca. Atau kalau aku dah jadi jutawan (aminn), aku akan ingat "dulu kau meniaga kerepek je". Kesusahan mengajar kita untuk merendah diri kan?

Semangat tak aku? Haha! Ini perancangan je, Allah sebaik2 perancang... mana tahu tiba2 dpt offer sambung belajar ke, jd PTD ke, so percentage nak bukak restoren tu nipis la sikit, rezeki tu ada, tp rahsia Dia, kita ni usaha je sebaik mungkin. Insya'allah.  Minta doa dari semua.

Friday, 22 March 2013

2nd entry - balik kampung

Hola todos!

Harini 3 kali mak aku telefon aku, tanya bila nak balik. Beriya2 suruh balik sebab esok kakak ipar baru aku dtg, so mak minta aku siapkan bilik etc. Saya yg menurut perintah. X pe je pun, sbb aku balik pun nak restock kerepek.

So pagi tadi aku cipta resepi baru (x ambil gambar sbb x kan setiap kali aku gerak n kentut kena tangkap gambar kan? So bawah tu gmbr aku cilok kat google). Ada kuah mee rebus aku buat dua hari lepas, terlebih sbb aku ingat abg aku nak dtg. So aku toskan kuah dia, ambil isi2 je. Bibik Marcella n Bibik Baini seperti biasa akan sibuk kalau aku kat dapur. Nak belajar masak konon, tp serabut aku org banyak tanya. Aku panaskan kuali, letak cili boh, masukkan lebihan isi mee rebus tu, letak kicap, tunggu mengelegak n masukkan mee kuning pastu hiriskan tauhu. Walaweh, mee goreng mamak recycle. Dua org bibik tu suka, siap tanya aku baca apa masa memasak sbb mulut aku terkumat kamit. Aku cakap "x baca apa, menyanyi lagu Bruno Mars", which is exactly what I was doing. Hahaha!

Bertolak dari enstek dekat pukul 5. Dah lekat kat otak x nak speed sbb aku mengantuk. Tapi aku perasan, lagi perlahan aku bawak, lagi mengantuk dan lagi mudah aku nak maki hamun pemandu lain yg x de sivik. So apa lagi, pecut la dgn si comel. Keluar tol Pagoh.
Aku suka lalu Muar dan Batu Pahat, suasana kampung. Cantiknya la rumah2 tradisional kat Muar tu. Berangan nak satu... sekali ada Dimax tu x reti sabar, jalan satu lane, kat depan aku ada 3 kereta n penyebab lambat tu lori kelapa sawit. Double line, si dimax tu potong, x lepas. Sikit lagi nak berlanggar kereta arah bertentangan. Gila betul. Tu la, sengsara kan kalau hidup dgn manusia yg jarang guna akal...

Sampai Peserai, aku beli nasi beriyani. Siapa tak kenal beriyani Md Shah. Tapi petang dia tutup. So beli kat kedai sebelah. Rasanya sama je sedap.

Sampai rumah, dengar suara ayah berzikir. Mak bukak pintu dan terus minta aku betulkan lampu dapur. Esok kena bawa diorang ke Sengarang, nak melawat keluarga kawan ayah. Hmm. Nanti kalau aku dah kena posting atau kahwin, siapa la nak layan emak n ayah aku ye? Mudah2an semua o.k je...

Anjut Tucker.

Thursday, 21 March 2013

1st entry

Assalamualaikum dan hello.

Sebenarnya aku dah mengarang banyak tadi, pasal diri aku la, pasal produk la, syarikat family aku la, kenapa nak jual la itu la ini la. Tapi last2 aku rasa bosan... aku delete semua and buat entry ni je.

Actually aku penat sikit harini, sebab pagi2 ikut hantar Neha pergi sekolah dia kat Bangi, lepastu pergi pejabat tanah kat seremban, tengok tanah, pastu bangi balik baru sampai rumah kat enstek. Duduk kat belakang keta, memang mabuk la aku..

Tapi harini aku bertuah sangat sebab dapat tengok secara live dan belajar cara bidding auction. Kakak aku berjaya dapat tanah 3 ekar kat seremban tu. Kecut perut aku masa diorang main harga. Tapi sebab abang ipar aku dah pro bab bidding2 ni, melalui syarikat kecil dia Nazhan Global Entreprise,  dia dah berpengalaman membida lebih 10 hartanah dalam masa 2-3 tahun ni (ye la, yg penting berani n berduit...). Beruntung sangat aku dapat belajar, so senang la aku nak beli hartanah lelong nanti sbb dah belajar teknik dia. (Nanti aku bgtau mcmana nak guna khidmat dia).

Masa auction tu, aku tengok ramai peguam, nampak pro n mcm senang je kerja. Sign dokumen, ketuk tukul, dapat komisen. So aku fikir, anak aku nanti, si Ali, nak asuh dia jd peguam yg jujur n amanah. Masalahnya Ali masih seekor berudu (sperma) lagi, mak dia pun x de lagi. Kihkihkih!

So ceritanya adik beradik aku dah asyik tanya je mana blog bisnes adik beradik ni, ni la dia.. sbb benda ni free, so x de la kebabom sangat pun bentuk blog ni. Jadi aku ni sebagai penyampai maklumat dan testimoni produk je. Kakak abang aku bagi duit rokok je (walaupun aku x merokok) *syukur la ada samsung note 2 ni, senang je nak update.

Nanti aku update syarikat2 yg berkaitan, produk dan perkhidmatan etc tu. Slow slow la yer...

Owh ye, esok aku balik ayer hitam, siapa yg nak order kerepek tu, sila2 la. Aku mungkin datang KL balik khamis depan. Haritu pergi PKNS Bangi, bukan main mahal kerepek dia. Kesian siapa yg beli. Nanti PM aku kat FB yer.

Nantikan update seterusnya :-)

*tadi pagi lepas subuh, aku termenung dekat sejadah tu. Aku terfikir, manusia ni jadi miskin bukan sebab x de harta, tapi sebab kehendak yang melampau2... dan juga malas berusaha...

Gambar pertama tu, kakak aku sign dokumen tu. Gambar dua, tanah yg kami dapat. Aku x reti la nak update letak gambar betul2 n justify bagai pakai phone ni. Nanti la aku explore.