Assalamualaikum et bonjour tout le monde.
Kalau semua perasan, setiap hari aku keluar rumah dan cari kerepek2 perasa baru dekat kawasan aku. Aku bukan nye apa, aku rasa produk malaysia ni underrated la. Sedap je pun. Just because it's packed in simple packaging doesnt mean it tastes bad. Yg penting kita kena cuba dan maklumkan pada semua. Kita kena la support produk tempatan bila dirasakan berbaloi (kereta x termasuk.beli yg import je).
Sedikit pengalaman masa belajar dulu. Tengok dekat perancis tu, org turki dan arab la paling kaya dan menguasai ekonomi setempat (kat Besançon, kat tempat lain x sure). Apa yg aku perasan, mereka ni kalau bukak kedai kebab misalnya, akan gunakan 100% produk sendiri. Dari daging kebab, mesin kebab, sayur, sampai la pada cili harrissa tu. Jadi (aku x tau sgt ekonomi term, tp lebih kurang la) mereka guna produk yg warga mereka edarkan lepastu jual end product pada org luar.
Kalau malaysia kurang bergantung pada import bahan luar, kita dah jadi negara industri yg berjaya dah. Aku sikit kecewa dgn JAKIm, sbb produk2 tempatan tu bkn main susah nak dpt cop halal (org malaysia kan freak cop2 halal ni, x de cop halal, haram). Sampai kat page Sahabat Halal Jakim tu, asyik cakap "produk ini tidak mendapatkan pengesahan halal JAKIM", so impact dia, org x beli la. Tp kurang usaha untuk hasilkan produk sendiri. Kata suruh sokong industri tempatan. Kdg2 makcik kat kampung yg buat sagun tu mana la tau prosedur nak mintak cop halal tu. Patut kita memudahkan, bukan menyusahkan.
Lepastu aku ada la jual2 kerepek2 tu. Bawak ke KL. Bukan nye aku untung pun, sekilo tu aku amik untung dalam seringgit dua je, duit minyak pun x lepas.aku x jual mahal2 sebab aku x sampai hati... Sebenarnya aku nak cari pengalaman meniaga ni. Macamana kita tebalkan muka, jual produk dekat orang. Pengalaman cari stock and restock. Aku sengaja jual kerepek, benda yg org pandang sebelah mata je, supaya aku tak syok sendiri. Lagipun kerepek2 ni mmg aku dan family makan, so kita jual barang hanya bila kita yakin dengan kualiti dan bahan produk tu.Ye la, setengah org tu jual benda gedebabom, nak jaga standard, tp jangan la fikir semua org berduit. Lagipun banyak jutawan dekat friendlist FB aku tu, memulakan perniagaan mereka dari benda simple2 je. Bila mereka dah yakin boleh berjaya, baru jual benda dgn modal yg besar. Mcm kita belajar menembak, mula2 guna peluru kapur, bila dah power, pakai bazooka.
Aku sedang sediakan diri aku untuk 4 tahun akan datang. Aku nak buktikan dekat family aku, yg kalau aku memang betul2 nekad nak meniaga bila habis kontrak dengan government nanti. Jangan ingat aku meniaga ni main redah je, sbenarnya aku ada beberapa org mentor, yg akan perhatikan dan nasihat aku apa yg patut dibuat. So pengalaman jual kerepek dan produk2 lain ni aku sengaja muatkan dalam blog baru ni, sebab mungkin satu hari nanti bila aku ada ladang ternakan dan restaurant tu, aku akan bukak balik blog ni, dan baca. Atau kalau aku dah jadi jutawan (aminn), aku akan ingat "dulu kau meniaga kerepek je". Kesusahan mengajar kita untuk merendah diri kan?
Semangat tak aku? Haha! Ini perancangan je, Allah sebaik2 perancang... mana tahu tiba2 dpt offer sambung belajar ke, jd PTD ke, so percentage nak bukak restoren tu nipis la sikit, rezeki tu ada, tp rahsia Dia, kita ni usaha je sebaik mungkin. Insya'allah. Minta doa dari semua.
No comments:
Post a Comment