Assalamualaikum dan hello.
Sebenarnya aku dah mengarang banyak tadi, pasal diri aku la, pasal produk la, syarikat family aku la, kenapa nak jual la itu la ini la. Tapi last2 aku rasa bosan... aku delete semua and buat entry ni je.
Actually aku penat sikit harini, sebab pagi2 ikut hantar Neha pergi sekolah dia kat Bangi, lepastu pergi pejabat tanah kat seremban, tengok tanah, pastu bangi balik baru sampai rumah kat enstek. Duduk kat belakang keta, memang mabuk la aku..
Tapi harini aku bertuah sangat sebab dapat tengok secara live dan belajar cara bidding auction. Kakak aku berjaya dapat tanah 3 ekar kat seremban tu. Kecut perut aku masa diorang main harga. Tapi sebab abang ipar aku dah pro bab bidding2 ni, melalui syarikat kecil dia Nazhan Global Entreprise, dia dah berpengalaman membida lebih 10 hartanah dalam masa 2-3 tahun ni (ye la, yg penting berani n berduit...). Beruntung sangat aku dapat belajar, so senang la aku nak beli hartanah lelong nanti sbb dah belajar teknik dia. (Nanti aku bgtau mcmana nak guna khidmat dia).
Masa auction tu, aku tengok ramai peguam, nampak pro n mcm senang je kerja. Sign dokumen, ketuk tukul, dapat komisen. So aku fikir, anak aku nanti, si Ali, nak asuh dia jd peguam yg jujur n amanah. Masalahnya Ali masih seekor berudu (sperma) lagi, mak dia pun x de lagi. Kihkihkih!
So ceritanya adik beradik aku dah asyik tanya je mana blog bisnes adik beradik ni, ni la dia.. sbb benda ni free, so x de la kebabom sangat pun bentuk blog ni. Jadi aku ni sebagai penyampai maklumat dan testimoni produk je. Kakak abang aku bagi duit rokok je (walaupun aku x merokok) *syukur la ada samsung note 2 ni, senang je nak update.
Nanti aku update syarikat2 yg berkaitan, produk dan perkhidmatan etc tu. Slow slow la yer...
Owh ye, esok aku balik ayer hitam, siapa yg nak order kerepek tu, sila2 la. Aku mungkin datang KL balik khamis depan. Haritu pergi PKNS Bangi, bukan main mahal kerepek dia. Kesian siapa yg beli. Nanti PM aku kat FB yer.
Nantikan update seterusnya :-)
*tadi pagi lepas subuh, aku termenung dekat sejadah tu. Aku terfikir, manusia ni jadi miskin bukan sebab x de harta, tapi sebab kehendak yang melampau2... dan juga malas berusaha...
Gambar pertama tu, kakak aku sign dokumen tu. Gambar dua, tanah yg kami dapat. Aku x reti la nak update letak gambar betul2 n justify bagai pakai phone ni. Nanti la aku explore.
No comments:
Post a Comment